BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 24, 2010

IFF DI MANA KITA SELAKU MAHASISWA?

Dengan nama Allah saya menulis entry kali ini setelah berulangkali memikir dan melakukan beberapa penelitian dan pembacaan terhadap isu yang sedang hebat diperkatakan. Suka saya ingatkan mereka yang membaca entry ini, saya menulis berdasarkan pandangan peribadi setelah mengambil kira beberapa perkara sebelum berani menyuarakan pandangan di sini. Dan saya bertanggungjawab secara penuh terhadap tulisan-tulisan saya di dalam blog yang tidak seberapa ini. Doa saya, mudah-mudahan pandangan insan kerdil yang kurang pengetahuan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Islamic Fashion Festival adalah singkatan daripada IFF yang akan saya ulas dalam entry kali ini. Saya, tidaklah berniat mahu mengulas panjang akan isu ini. Hanya ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan dalam entry kali ini sebagai tanda rasa peduli terhadap isu ini. Semudah mungkin saya cuba  menulis mengenai isu ini bagi memudahkan kefahaman kalian yang membaca blog ini. Saya tidak akan mengulas hukum secara panjang lebar kerana saya yakin telah ramai yang berbuat sedemikian. Kalian boleh sahaja search di internet, merujuk kepada siapa yang berkenaan atau badan-badan berwajib mengenainya sekira mahukan hukum berkenaan.

Ke arah merialisasikan tahun kebangkitan mahasiswa sempena tahun ini, saya dengan rendah diri menulis isu ini.

Saya mengagumi pendirian PMRAM terhadap isu semasa yang berlegar. Tindakan PMRAM menganjurkan pertemuan malam tadi yang pada awalnya disebut sebagai program Munajat atau Solat Hajat Sempena Kutub Sittah harus diberi pujian. Ternyata, program malam tadi tidak sekadar solat hajat mahu pun munajat. Ada isu besar yang diangkat, dan banyak isu semasa yang sebelum ini hanya didengar sebelah pihak atau disebut sekadar dengar-dengar cakap orang menjadi jelas. Saya juga tidak mahu mengulas isu yang telah dibahaskan malam tadi.

Kembali ke titik asal tujuan entry ini ditulis; IFF dimana kita selaku mahasiswa? Tajuk ini saya pilih kerana saya melihat kepincangan beberapa perkara di dalam program KELAP mahu pun Solat Hajat Sempena Kutub Sittah malam tadi. Tidak mahu menunding jari pada sesiapa, sekadar mengingatkan sekali lagi: "Ini adalah pandangan peribadi saya terhadap isu yang berlaku." 

Melihat situasi tegang malam tadi, saya jadi terfikir satu perkara. 'Menjadi seorang yang alim (tahu dan faham sesuatu) itu lebih baik daripada menjadi seorang abid (kuat beribadah), dan menjadi seorang mahasiswa yang beriitba' (ikut dengan ada dalil) lebih baik daripada menjadi seorang mahasiswa yang bertaqlid (ikut tanpa dalil). Itu yang sempat saya suarakan kepada seorang sahabat yang duduk bersebelahan di dalam program malam tadi. Ucapan ini terlontar setelah melihat majoriti mahasiswa mahu pun mahasiswi menzahirkan emosi terhadap isu semasa yang dibahaskan malam tadi. 

Ya, saya setuju 100% dengan kalam penggulungan daripada presiden PMRAM; ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime yang menyatakan mahasiswa perlu berani dan tegas terhadap isu semasa yang berlaku. Berani dan tegas mahasiswa harus punya hujah-hujah yang menyokong setiap tindakannya. Ini poin yang saya gariskan untuk melanjutkan entry ini.

Saya bukanlah orang yang hebat pengetahuan dalam segala perkara. Tetapi saya sentiasa belajar untuk menjadi manusia yang bergelar hamba Allah yang benar melalui banyak perkara. Hasil muhasabah diri terhadap dua program semalam menemukan saya satu kesimpulan yang saya kira perlu saya utarakan di sini. Di kalangan warga mahasiswa Azhari masih ada yang kurang membaca. Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak menunding jari pada sesiapa jauh sekali mahu menghukum keseluruhan mahasiswa Al-Azhar di bumi Mesir ini. Saya menilai dengan melihat sikap mahasiswa terhadap dua program malam tadi.

Saya berbangga dengan majoriti ustaz-ustaz (gelaran bagi mahasiswa Al-Azhar di sini) seperti presiden PMRAM, barisan pimpinan PMRAM dan ustaz-ustaz yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan amat baik apabila berhujah. Tetapi saya khuatir dengan minoriti mahasiswa dan majoriti mahasiswi yang lebih banyak menyepi. Buktinya, lihat sahaja dua program semalam (penilaian ini menurut pandangan peribadi saya). Perbezaannya begitu ketara apabila mahasiswa dan mahasiswi memberi respon terhadap isu semasa yang dibahaskan kelmarin. Tidak kurang juga ketika slot program KELAP berlangsung. 

Kita kurang membaca, mengkaji dan menulis, sebab itu kita tidak mampu menjadi seorang yang mampu berhujah seperti presiden, barisan pimpinan PMRAM yang lain. Mahasiswi terutamanya, kita lebih banyak bertaqlid tanpa mahu berittba' (ayat ini saya gunakan bukan untuk memukul rata semua mahasiswi). Tidak dinafikan, memang ada mahasiswi yang berkebolehan sama seperti mahasiswa yang telah saya sebutkan tadi. Tetapi jumlahnya amat sedikit dan boleh dibilang dengan jari. Justeru, apakah sumbangan yang mampu kita berikan untuk menangani isu ini? 

Kerana alasan ini, saya menulis entry ini. Bukan untuk menghentam atau menjatuhkan sesiapa, tetapi juga untuk ingatan diri sendiri selaku seorang agamawan yang bergelar mahasiswi. Sahabat-sahabiah yang dikasihi, sekiranya kepincangan kecil ini (membaca, mengkaji dan menulis) tidak mampu kita tangani, bagaimanakah nanti apabila kita berhadapan dengan masyarakat di tanah air yang semakin pandai dan banyak membaca penulisan yang entah apa-apa. Jangan biar agama kita terfitnah kerana kesilapan tingkah kita. Apa yang paling saya risaukan adalah jangan sampai ilmu yang kita timba di sini melaknat diri kita. Nau'u zu billahi min zalik.

Jadilah mahasiswa mahupun mahasiswi yang punya jati diri. Bertindak bukan atas dasar ikut-ikutan, tetapi bertindak atas hujah-hujah yang jelas bersandarkan sumber perundangan Islam yang sebenar. Kita pelangsung dakwah para nabi dan alim ulamak. Belajarlah dengan banyakkan membaca, mengkaji dan menulis. Jika tidak kita yang mengislah (membaiki) masyarakat dan membela Islam siapa lagi yang kita harapkan.

Membantah tindakan IFF biar ada dalil yang kuat dengan memikirkan cara mengatasi. Jangan hanya membantah dengan emosi yang berapi-api untuk masa waktu sekejap, kemudian layu setelah hari semalam berlalu. Masyarakat di luar sana khususnya di Malaysia  masih ramai yang  tidak celik agama. Mereka lebih banyak mengikut contoh yang ada di hadapan mata berbanding belajar dan mengkaji mengenainya. Tugas kitalah membetulkan kesilapan tersebut. Memudah kefahaman mereka terhadap agama Islam adalah tanggungjawab mahasiswa seperti kita. Seandainya kita masih kekal dengan sifat ikut-ikut, alangkah ruginya Islam. Usaha sahabat-sahabat juga dalam mengejar sehelai syahadah (sijil) Al-Azhar tidak memberi apa-apa manfaat melainkan untuk diri sahabat-sahabat seorang sahaja.

Suka saya sebutkan. Saya membantah IFF kerana terdapat dua perkara besar yang bertentangan dengan ajaran Islam sebagaimana yang telah disebutkan badan pengurus semalam.

Pertama: Kerana IFF bukan imej wanita Islam sebenar. Bantahan ini berdasarkan firman Allah swt; 
"Katakanlah kepada wanita beriman; "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan (aurat) mereka, kecuali yang biasa terlihat (muka dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya yakni aurat mereka..." An-Nur: 31.

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang beriman; "Hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka ke seluruh tubuh mereka." Itu lebih mudah untuk mereka dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Sangat Pengampun, Sangat Penyayang." Al-Ahzab:59.


 Berdasarkan dalil-dali di atas, jelaslah bahawa Islam menggariskan aurat bagi seorang wanita Islam adalah:
  1. Memakai tudung yang menutup rambut serta melabuhkannya sehingga menutup dada.
  2. Memakai pakaian yang tidak ketat serta tidak menampakkan bentuk badan.
  3. Tidak menzahirkan perhiasan.
  4. Tidak bertudung seperti bonggol unta.
  5. Tidak boleh berpakaian tetapi seperti bertelanjang.
Ciri-ciri ini tidak dijaga dalam IFF. Malahan ia amat jelas menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Kedua: IFF terang-terangan menghina Nabi Muhammad saw. Dan hukum bagi mereka yang menghina Nabi menurut pendapat ulamak adalah; (sekadar menyebutkan satu hadith dan dua pendapat ulamak, banyak lagi pendapat para ulamak selain daripada yang disebutkan)

Abdullah bin Abbas berkata; "Ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan memburuk-burukkan Nabi saw. Lelaki itu berusaha mengingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun dia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mula mencela dan memburuk-burukkan Nabi saw. Oleh kerana tidak tahan dengan perbuatan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah saw menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi saw mengumpulkan kaum muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian aku melihat, lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba sehingga tiba di hadapan Rasulullah saw, dia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Kulakukannya kerana dia selalu mencela dan memburuk-burukkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun dia tetap melakukannya. Daripada wanita itu aku dikurniakan dua orang anak yang cantik bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan memburuk-burukkan dirimu. Sebab itulah aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal.” Hadith Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i.

Hadis ini menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi saw adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah saw adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya ijtihad (pendapat) para fuqahak mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti dan qath'i (tidak berubah).

Manakala Qadhi Iyad r.a berkata bahawa di dalam al-Quran, Sunnah dan Ijmak banyak dijelaskan tentang hak-hak Rasulullah saw; kehebatan, kebesaran, dan kemuliaan baginda saw. Oleh sebab itu, Allah mengharamkan perbuatan menyakiti Nabi saw seperti mana yang disebut di dalam al-Quran. Sehubungan dengan itu, semua ulamak tanpa khilaf menerima hukum bunuh bagi umat Islam yang memperkecil dan menghina Rasulullah saw.

Sesiapa yang menghina Rasulullah saw dengan menyebut kekurangan pada diri, keturunan, agama, gerak-geri baginda, atau pun membuat keraguan dengan suatu  niat tujuan untuk menghina dan mencela baginda saw atau memperkecilkan dan merendah-rendahkan baginda, hukumnya adalah dibunuh. Demikian juga sesiapa yang melaknat atau mendoakan sesuatu keburukan ke atas Rasulullah saw atau bercita-cita untuk memberi kemudaratan ke atas baginda atau menyebut sesuatu yang tidak layak bagi diri baginda (untuk mengeji diri baginda), maka para ulama dan ahli fatwa daripada kalangan sahabat baginda saw bersepakat mengatakan mereka harus dijatuhkan hukuman bunuh.

Manakala menurut kesepakatan ulamak mazhab Syafie, sesiapa yang menghina Nabi saw, jatuh hukum murtad ke atas dirinya. Hukuman baginya adalah sama seperti orang yang murtad iaitu diberi peluang untuk bertaubat dan sekiranya dia tidak mahu dan tetap dengan pendiriannya, hendaklah dia dibunuh. Sekiranya dia bertaubat, hendaklah dibebaskan walaupun dia mengulangi perbuatannya dengan syarat taubatnya itu mesti disertai dengan mengucap dua kalimah syahadah, dan menzahirkan taubatnya serta menyesal di atas perbuatannya yang melanggar hak Islam.

Daripada keterangan dalil-dalil dan pendapat ulamak di atas, saya mahu anda yang membaca entry ini membuat kesimpulan. Nilailah dengan telus isu IFF ini. Sebelum akhirnya, sekali lagi saya dengan tegas menyatakan pendirian diri selaku hamba Allah swt, umat Islam yang menyintai Nabi Muhammad saw dan seorang mahasiswa agama bahawa saya tidak akan berkompromi dalam perlanggaran hukum Syariat Islam. Mereka yang melanggar Syariat Allah harus diperangi. 

 Inilah wajah-wajah di sebalik IFF (melihat foto ini sahaja kita sudah boleh membuat penialaian)

Saya turut mencadangkan kalian yang membaca entry ini membaca web Saifulislam.com dan web Zaharuddin. Net untuk penjelasan yang lebih detail. Melalui entry ini juga, saya memohon maaf kepada mahasiswa dan mahasiwi Al-Azhar yang terasa hati dengan entry ini. Anggaplah ini satu teguran ikhlas daripada saya yang juga tidak memiliki pengetahuan setinggi mana. Tiada lain niat di hati kecil ini melainkan ingin melihat anda semua menjadi aset berharga untuk Islam seluruhnya.

2 comments:

Ahmad Ulwan b Hassim said...

Salam ustzah..

syukran kerana entry ini telah "menghentam" jiwa dan diri ana supaya bergerak atas dasr kefahaman bukan sahaja atas dasr semangat semata2..kedua2 elemen ini lah ana kira perlu ditanamkan dalam diri umat Islam..

cuma boleh tak terangkan sedikit berkenaan dengan kenyataan ini "Tajuk ini saya pilih kerana saya melihat kepincangan beberapa perkara di dalam program KELAP mahu pun Solat Hajat Sempena Kutub Sittah malam tadi."

apakah kepincangan itu..sekadar mahu tahu dengan lebih jelas..

Sammaituha Najwa said...

Wsalam.

Kepincangan yang dimaksudkan di sini adalah kekurangan atau pun lebih kepada masalah mahasiswa/i yang saya temui dalam dua program 23hb tersebut. Maksud tepatnya, us boleh rujuk ayat ini; "Kita kurang membaca, mengkaji dan menulis..." dan ayat ini; "Berani dan tegas mahasiswa harus punya hujah-hujah yang menyokong setiap tindakannya. Ini poin yang saya gariskan untuk melanjutkan entry ini."

Saya menggunakan istilah 'kepincangan' kerana menilai peserta KELAP & respon mahasiswa mahu pun mahasiswi terhadap isu semasa yang dibahaskan. Peserta KELAP mahasiswa @ mahasiswi banyak tidak tahu sesuatu perkara kerana mereka jarang membaca(inilah kepincangan pertama yang saya maksudkan).

Sementara dalam respon isu semasa, mahasiswi lebih menyuarakan pandangan yang sarat dengan emosi dan terikut-ikut. Majoriti mahasiswa/i marah dengan isu IFF @ isu-isu semasa yang lain, tetapi boleh dikatakan hampir tiada mahasiswi meluahkan cara untuk mengatasi sesuatu isu.

Saya harap us jelas dengan penjelasan singkat ini. Saya juga mencadangkan us membaca semula entry ini untuk lebih memahami tentang soalan yang diajukan. Hayati makna keseluruhan penulisan ini, insyaallah akan lebih jelas nanti.

Suka diingatkan sekali lagi, ini adalah penilaian dan pandangan peribadi saya. Apabila disebut pandangan, ia berhak untuk diterima @ ditolak @ diketengah-tengahkan. Terpulang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan mengenai pandangan saya ini.